Pages

Wednesday, November 02, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Baiklah, untuk artikel Hari Raya ini sahaja, saya akan taip dalam bahasa Melayu. WAH!!! Inilah pertama kali saya taip dalam Melayu semenjak kali terakhir saya taip sepucuk karangan. Memang sudah terlalu lama...

Cukuplah dengan kata-kata mengarut di atas itu. Tinngal satu hari sahaja sebelum kita semua menyambut Hari Raya. (perasanlah bahawa di saat ini saya tidak tahu apa untuk ditaip)

Err...

Dalam bahasa Melayu, apa yang boleh dikatakan ya?

Hmmm...

Eh, memang tidak ada idea lah...

Zzzz...

Oi, jangan tidur dahulu...

*menggaru kepala*

Susah lah nak fikirkan idea...

Kerana tidak mempunyai idea, saya akan tulis sahaja tentang apa yang sedang berlaku, telah berlaku dan yang akan datang.

Wah, sudah hampir dua bulan semenjak pos terakhir saya! Bila lihat semula, pos itu di pertengahan peperiksaan prelim. Jauh memang... Sekarang, sudah hampir peperiksaan peringkat O pula. Di bawah, saya telah senaraikan kejadian-kejadian semenjak pos yang terakhir itu:

24 September: Peraduan kad Magic (Ravnica) sebelum keluaran

03 Oktober: Peperiksaan oral peringkat O Perancis

05 Oktober: Permulaan puasa dan bulan Ramadan

15 Oktober: Rumah terbuka NJC

17 Oktober: Permulaan perhentian sekolah untuk ulangkaji bagi perlajar mengengah empat

22 Oktober: Rumah terbuka ACJC

27 Oktober: Peperiksaan praktikal peringkat O Fizik

31 Oktober: Peperiksaan peringkat O Melayu

01 Nobember: Sambutan Deepavali

03 November: Hari Raya Aidilfitri!!!

Wah, banyak memnag kejadian semenjak pos yang terakhir itu ya? Tidak sangka saya (suara sarkastik).

Okey, untuk kejadian yang akan datang pula. Untuk budak-budak Melayu yang mmembaca pos ini, ketahuilah yang saya akan menjemput kamu semua untuk jalan-jalan raya pada minggu yang ketiga, yaitu selepas peperiksaan peringkat 'O' telah berakhir. Jangan khuatir, saya pasti akan menjemput kami semua (yelah tu...). Selain daripada itu, tunggulah sahaja untuk berita terkini daripada saya dalam masa akan datang.

Baiklah, sudah sampai ke akhir pos saya kali ini. Saya berharap semoga kamu semua akan menyambut Hari Raya yang meriah, maaf, zahir dan batin untuk apa sahaja salah yang saya telah katakan dan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua yang membaca.